top of page

Saya Adalah Siapa Yang Kamu Katakan

oleh Lavine

Pernahkah kamu memuatkan sesuatu di media sosial, menantikan bilangan ‘likes’ atau komen yang memberi kamu perasaan diterima? Atau melakukan sesuatu kerana takut ketinggalan? Adakah kamu mempunyai perasaan tidak selamat yang mendalam, tidak mengetahui siapakah dirimu dan mengapa kamu ada di sini? Tanpa disedari, perasaan diterima selalunya datang daripada respon orang lain, terutamanya mereka yang rapat dengan kita. Tarik nafas secara mendalam dan tanya diri kamu, siapakah saya? 

 

(Matius 4:1-11) Di padang gurun ketika Yesus lapar, Iblis datang untuk mencobai Yesus, bukan sekali tetapi tiga kali. Setiap kali, Iblis mencabar identiti Yesus sebagai Anak Tuhan dengan bertanya, “Jika engkau adalah anak Tuhan, lakukan ini atau lakukan itu”. Mengapakah si Iblis sangat berminat dengan siapakah Yesus? Dan kesemua ini berlaku sebelum Yesus mula melakukan sebarang mukjizat atau mengumpulkan para murid-Nya. 

 

Si Iblis sedar siapakah Yesus. Dia adalah anak Tuhan, anak yang dikasihi dan mempunyai perkenanan Tuhan. Dia menyedari jika Yesus mempersoalkan siapakah diri-Nya, ini akan merosakkan rencana keselamatan Tuhan melalui Yesus. Dia juga mengetahui bahawa jika dia boleh membuat kamu meragui siapakah dirimu, ia akan memusnahkan legasi yang bakal dibina oleh kamu. Kamu adalah anak-anak YANG DIKASIHI Tuhan, dan TIADA SIAPA yang dapat mengambilnya daripada kamu. Ketika kamu mengetahui siapa diri kamu dan kamu kepunyaan siapa, kamu akan berpegang kepada identiti kamu, dan berjalan dengan penuh kuasa di dalam tujuan hidup kamu.

 

Hari ini, biarkan Bapa di Syurga menyatakan siapa diri kamu di dalam dia secara peribadi. Biarkan Dia berbicara, telinga kita mendengar, hati kita menangkap supaya apa yang dikatakan Bapa tentang diri kita menjadi realiti.

Aplikasi

Tutup mata kamu. Bayangkan kamu ada di konsert dengan jutaan orang. Setiap orang menjerit menikmati suasana yang menakjubkan. Tiba-tiba, Yesus berjalan menuju ke tengah pentas. Dia mengajak kamu untuk naik ke atas dan menyertai Dia. Suasana menjadi diam sambil setiap mata mengikuti langkah kamu naik ke pentas. Ketika kamu akhirnya bersemuka dengan Yesus, Dia tersenyum kepada kamu dan membisikkan sesuatu ke telinga kamu. Biarkan diri kamu menyelami situasi tersebut, apakah yang Dia katakan kepada kamu? Tuliskan perkataan atau gambaran pertama yang datang ke dalam minda kamu. 

 

Berimanlah, itulah dirimu. Hayatilah realiti identiti kamu. Fahamkan dan proklamasi dengan lagu ini.

©Connect21

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page