top of page

Menjadikan Pekerjaanmu Suatu Legasi

oleh Valerie

Kebanyakan masa di hidup kita digunakan untuk belajar dan bekerja. Rutin harian yang kita ada menjadikan kita berfungsi secara mekanikal di tempat kerja atau sekolah. Namun, jika kita melihat lebih jauh lagi tentang pekerjaan dan tugasan sekolah ini, pernahkah kita berhenti seketika dan bertanya kepada diri kita, "Apakah yang telah saya capai? Adakah saya hanya melakukan apa yang sepatutnya sehingga saya dapat meninggalkan pejabat/sekolah/universiti untuk melakukan perkara yang lain? Atau adakah saya menggunakan pekerjaan atau apa yang saya lakukan untuk membina legasi yang mencerminkan iman saya untuk meninggalkan kesan yang berkekalan?"

 

Kunci untuk memulakan legasi tersebut adalah dengan menjadikan pekerjaan kita sebagai satu penyembahan. Tuhan telah memberikan setiap kita kemampuan untuk memberkati tempat kerja kita dan menyatakan siapa Tuhan serta identiti kita di dalamNya, yang merupakan satu penyembahan kepada Tuhan. Kita yang  dikatakan 'istimewa' sebagai pembawa kedamaian, kemesraan, kasih dan kepedulian di dunia yang penuh dengan kekacauan, kedinginan, kebencian dan ketidakpedulian. Ketika kita, sebagai anak-anak Tuhan memilih untuk menjalani kehidupan yang bertentangan dengan tren negatif di sekolah, kampus atau tempat kerja, orang di sekeliling kita pasti dapat memerhatikan ‘keistimewaan’ kita. Kita menjadi terang dan garam dengan menggambarkan dan menyemai nilai-nilai Kerajaan di mana sahaja kita berada. Ianya bukan setakat apa yang kita katakan tetapi juga apa yang kita lakukan.

Aplikasi

Siapakah kamu di dalam komuniti kamu sekarang? Adakah kamu sedang belajar/bekerja? Adakah apa yang kamu lakukan menggambarkan siapakah Tuhan? Berdiamlah di dalam hadirat-Nya dan izinkan Tuhan untuk berbicara kepada kamu mengenai apa yang dapat kamu lakukan untuk membawakan pengaruh yang positif dan permulaan legasimu di komunitimu sekarang.

©Connect21

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page