Lakukan Sekali Lagi
oleh Alvin
Lakukan sekali lagi Tuhan, lakukan sekali lagi!
​
Kata akar perkataan Aydooth dalam bahasa Ibrani diterjemahkan sebagai ‘kesaksian’ yang bermaksud ‘mengulang’, ‘mengembalikan’ atau ‘lakukan sekali lagi’. Apabila kita melihat beberapa ratus tahun selepas itu kepada buku Wahyu, kita diberitahu bahawa ‘kesaksian Yesus adalah roh nubuat.’ (Wah 19:10). Apakah maksud semua ini? Ia bermaksud kesaksian bukan hanya cerita yang membawa dorongan. Setiap kali kamu mendengar kesaksian, Tuhan sedang menubuatkan penerobosan kamu kepada kamu. Setiap kesaksian yang kita dengar adalah jawapan yang kukuh kepada soalan yang diajukan oleh cabaran dalam kehidupan kita: Adakah Tuhan seperti apa yang Dia katakan tentang Dirinya?
​
Norma baru telah mengubahkan banyak perkara bagi kita, terutamanya para pelajar yang perlu belajar atas talian di rumah. Bagi kebanyakan orang, ini menyebabkan ketidakselesaan, merasa cemas dan tertekan kerana melihat skrin komputer sepanjang hari serta menghadapi tugasan yang banyak. Ini telah membawa perubahan yang ketara kepada gaya hidup serta hubungan sosial apabila kita diisolasi dalam jangka masa yang panjang. Ketakutan makin menjadi-jadi ketika kita tidak pasti mengenai masa hadapan, sokongan kewangan, tahun akademik dan peluang pekerjaan.
​
Saya ingin mengongsikan kesaksian saya dengan kamu: Baru-baru ini saya mengalami kebaikan Tuhan melalui pembukaan peluang pekerjaan apabila kelihatan seperti mustahil pada musim ini. Sejak graduasi saya tahun lepas, saya telah menghantar banyak (lebih daripada 100) permohonan pekerjaan tetapi hanya mendapat beberapa temubual dan penilaian atas talian. Banyak permohonan saya telah ditolak dan malah ada yang tidak ada sebarang berita. Saya masih ingat, semasa Hope Tertiary Connect20, saya telah menerima kepastian bahawa Tuhan akan menyediakan pekerjaan bagi saya. Saya berasa sunguh diyakinkan lalu terus menunggu apabila saya menyedari janji Tuhan. Setelah menunggu selama beberapa bulan, akhirnya saya mendapat tawaran pekerjaan. Pekerjaan yang ditawarkan kepada saya betul-betul apa yang saya impikan, iaitu sebagai jurutera petroleum! Saya kini bekerja di pelantar minyak di persisiran luar.
​
Ketika kamu membaca kesaksian saya dan jika ia juga adalah keperluan kamu atau orang yang kamu sayangi, nyatakan bahawa “Tuhan, lakukan sekali lagi” di dalam hidup kamu! Kamu juga boleh mengongsikan kesaksian kamu - penerobosan, pembekalan, penghiburan, kepastian dan banyak lagi yang telah diterima daripada Tuhan kita yang baik. Kongsikan dengan rakan-rakan, keluarga serta masyarakat dan percaya bahawa Dia akan melakukannya sekali lagi di dalam kehidupan mereka!
Aplikasi
Adakah kamu tahu tentang keperluan sesetengah orang? Jika kamu pernah menerima penerobosan yang mereka sedang nantikan, mungkin kamu boleh menelefon atau menghantar mesej kepada mereka untuk mengongsikan kesaksian kamu dengan mereka dan proklamasi bahawa Tuhan akan melakukannya sekali lagi dalam hidup mereka? Dengan cuma-cuma kamu menerima, dengan cuma-cuma kamu memberi!