top of page

Pendosa Yang Meninggalkan Legasi

oleh Athena

Di dalam Alkitab, terdapat golongan yang dipandang rendah oleh masyarakat kerana hidup mereka yang berdosa. Tetapi ketika mereka respon dengan luar biasa kepada kasih dan penerimaan yang mereka terima, mereka sudah meninggalkan legasi.


Masih ingat perempuan yang diampuni Tuhan - dia yang mengurapi Yesus dengan buli-buli berisi minyak wangi? Dia memberikan sesuatu yang begitu berharga baginya kepada Yesus sebagai tanda kasih dan kesyukurannya atas kebaikan yang diterimanya. Yesus mengatakan dosanya telah diampuni kerana kasihnya yang besar (Lukas 7:47).

​

Respon yang sama terhadap kasih juga dilihat dalam perempuan Samaria yang bertemu dengan Yesus di tepi perigi; dia telah mengongsikan pertemuannya dengan Mesias kepada seluruh kota di mana dia tinggal (Yohanes 4:4-42). Respon ini telah mempengaruhi ramai orang Samaria di kota tersebut untuk percaya kepada Yesus. 

​

Sebagai respon kepada kasih dan penerimaan yang diterimanya daripada Yesus, Zakheus memberi separuh daripada harta miliknya kepada orang miskin dan mengembalikan empat kali lipat kepada orang yang pernah diperas olehnya.  

​

Kesemua ‘orang jahat’ ini meninggalkan legasi kerana ramai orang diberkati dan diinspirasikan melalui apa yang mereka lakukan. Kebaikan Tuhan mempunyai kuasa untuk membimbing kita kepada pertaubatan. Misalnya minda yang diperbaharui. Pembaharuan minda seterusnya akan melahirkan respon yang penuh dengan kasih.

Aplikasi

Adakah kamu patah hati sekarang? Adakah kamu merasakan diri adalah “orang jahat”? Tuhan ingin menyentuhmu dengan penerimaan dan kasih-Nya yang berkuasa dan mampu mengubah hidupmu. Responlah kepada kasih-Nya dan lihat bagaimana ia mengimpak kamu secara peribadi. Ia mungkin membawa kepada respon yang penuh kasih seperti yang dialami oleh tiga watak yang dinyatakan di sini. Ia mungkin permulaan suatu legasi yang baru!

​

Izinkan lagu "Alabaster Jar" ini berbicara kepada kamu pada hari ini

©Connect21

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page