top of page

Legasi Pertuturan

oleh Li Yew

Menurut kamus Oxford, "Legasi merupakan sejumlah wang atau harta yang ditinggalkan kepada seseorang menurut wasiat". Tetapi legasi tidak terhad kepada harta benda. Ia juga mungkin pertuturan kita yang dapat membawa impak kepada kehidupan seseorang.

​

Buku Kejadian menunjukkan bagaimana seluruh alam semesta dan setiap makhluk hidup di dalamnya diciptakan daripada apa yang Tuhan katakan. Perkataan-Nya sungguh berkuasa! Kita juga dapat melihat dalam seluruh Alkitab bahawa kata-katanya bukan sahaja mampu menciptakan kehidupan, malah perbualan dengan Tuhan juga dapat menginspirasikan kreativiti dan melahirkan idea-idea baru. Maka pertuturan kita juga mempunyai kuasa yang sama kerana kita diciptakan menurut gambaran-Nya. Kata-kata yang kita ucapkan membawa otoritas dan kuasa, untuk menyembuhkan atau menghancurkan. Adakah kamu perasan bagaimana pujian yang sedikit pun dapat menceriakan harimu? Atau suatu komen negatif yang menjadikan sepanjang minggu seperti serba tak kena? Kata-kata yang kita ucapkan dapat menghasilkan kehidupan atau kematian (Amsal 18:21).

​

Kita hidup dalam masyarakat yang penuh dengan kritikan, aduan dan orang yang mencari kesalahan. Namun, kita membawa terang serta pertuturan yang berbeza kerana kita mewarisi siapakah Tuhan di dalam hidup kita.  Bayangkan apakah yang akan terjadi sekiranya kita mengucap berkat di mana ada kritikan dan mengucap syukur di mana situasi penuh dengan aduan? 

​

Mari kita praktikkan perkara ini di dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, jika GrabFood lewat menghantar pesanan kita, kita boleh menghargai pemandu tersebut atas usahanya. Apabila seseorang melakukan atau mengatakan sesuatu yang menyebabkan kamu merasa diri sendiri tidak baik, mari memilih untuk mengatakan kebenaran dalam kasih dan bukannya merungut-rungut di media sosial. Mari kita memilih untuk menceriakan orang lain dengan kata-kata kita. Mari kita memilih untuk meninggalkan legasi dalam kehidupan orang lain dengan kata-kata yang kita ucapkan.

Aplikasi

Luangkan sedikit masa untuk merenungkan pertuturanmu. Adakah pertuturanmu mendorong dan membina orang lain? Mari kita memilih untuk menyelaraskan pemikiran kita dengan Tuhan dan sentiasa mengucapkan kata-kata dorongan.

​

Datanglah kepada Tuhan dan meminta-Nya menyatakan jika ada sesiapa yang memerlukan dorongan pada hari ini. Minta dari Tuhan perkataan yang Tuhan ingin sampaikan kepada orang itu. Sampaikan kepada orang tersebut perkataan yang kamu terima melalui cara yang sesuai (misalnya Whatsapp, Instagram, Facebook, Telegram dll). Ingatlah bahawa tujuan perkataan ini adalah untuk membangunkan, mendorong atau menghiburkan.

©Connect21

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page