Berjuang untuk Kasih Berbanding Berjuang Melawan Ketakutan
oleh Ps Elijah
Adakah kamu sedar bahawa ketakutan adalah iman yang diputarbelitkan - iman terhadap perkara yang negatif:
​
“Saya akan gagal”
​
“Bagaimana jika ini bukan penyelesaian? Saya akan bermasalah!”
​
Kita begitu percaya bahawa perkara yang negatif akan terjadi, sehingga kita hilang kekuatan untuk berjuang, semangat untuk maju dan yang lebih teruk lagi - semangat untuk menggenapi tujuan hidup kita. Oleh itu, ketakutan merupakan senjata hebat yang digunakan oleh musuh untuk melumpuhkan umat Tuhan.
​
Sekarang, persoalannya adalah, bagaimana untuk mengatasi ketakutan? Alkitab telah menyediakan ubatnya : “Di dalam kasih tidak ada ketakutan….” (1 Yohanes 4:18). Dalam proses mengatasi ketakutan ini, saya ingin mencadangkan ini: berjuang untuk kasih berbanding berjuang melawan ketakutan.
​
Kuncinya adalah ini: letakkan usaha kita pada ubat ini dan bukannya melawan masalah tersebut. Adakalanya, kita menjadikan perkara negatif itu lebih besar apabila kita melawannya. Kita menjadi begitu fokus untuk mengalahkan "perkara" tersebut sehingga kita mengagungkannya tanpa kita sedari dan perkara itu pun menjadi lebih besar daripada yang sebenarnya. Bertentangan dengan itu, kita seharusnya berjuang untuk kasih. Apabila kita menerima dan tetap di dalam kasih Bapa yang sempurna, maka tidak akan ada ruangan bagi ketakutan di dalam hidup kita, kerana kasih dan ketakutan tidak dapat hadir bersama.
​
Oleh itu, mari kita berjuang untuk kasih - posisikan hati kita untuk dikasihi oleh Bapa, carilah kasih Bapa yang sempurna dan tidak berkesudahan, yang lebih besar daripada apa yang kita bayangkan. Sungguhpun demikian, kita mesti menyedari bahawa ini bukan hanyalah konsep semata-mata; ia harus diperolehi melalui pertemuan peribadi sebelum dikembangkan menjadi gaya hidup. Cuba untuk mengaplikasikan aktiviti yang dicadangkan semasa sesi praktikal dengan kerap (jika boleh, setiap hari). Kamu pasti akan mengalami kasih-Nya. Sepanjang tempoh ini, harapkan bahawa Tuhan akan menyatakan senjata unik yang telah Dia berikan kepada kamu untuk menghadapi ketakutan yang tertentu. (rujuk bacaan masa teduh hari 09).
​
Tujuan hidup kita adalah untuk meninggalkan legasi, oleh itu jangan mengizinkan ketakutan melumpuhkan kamu. Berjuang untuk kasih dan tidak lama selepas itu, kamu akan dapat menangani ketakutan tersebut.
Aplikasi
Sebelum tidur, luangkan masa untuk berada di dalam hadirat-Nya tanpa sebarang agenda. Jangan melakukan apa yang biasa kamu lakukan ketika kamu datang ke hadapan Tuhan (contohnya bernyanyi, berdoa, proklamasi……). Terus berdiam dan fokus kepada kasihmu kepada Dia dan izinkan Dia untuk mengasihi kamu. Setelah sekian masa berlalu, kamu akan mendapati diri dapat mengalihkan perhatian daripada apa yang perlu dilakukan untuk menjadi benar kepada apa yang telah dilakukan oleh Dia untuk menjadikan kamu benar.